Tuesday, February 28, 2017

Biarkan Mulut Mereka Berbicara

Assalamualaikum kepada semua penggemar blog....

Memang tak dapat dinafikan kita sukar untuk memuaskan hati semua orang kan??

Tapi sebenarnya bagi saya, soal jodoh biarlah kita serahkan kepada ALLAH.  Seperti di post saya sebelum ni:-

Jodoh Itu Rahsia Sang Pencipta


Saya juga seperti anda semua bila selalu dijodohkan dengan saudara-mara, kawan, anak ke adik ke abang ke atau siapapun oleh orang lain, saya akan berfikir sebelum bersetuju untuk membuat keputusan. Sama ada untuk menerima atau tidak, kita kenalah sentiasa beringat, berhati-hati dan seterusnya menyerahkan kepada ALLAH SWT.  Bukan mudah untuk terus menerima pilihan orang lain sedangkan di hati kita tidak rela.

Saya teruja dengan pendapat seseorang insan yang baru saya kenali.  "Biar apapun orang kata, pilihlah dengan rela hati, dengan meminta kepada ALLAH SWT."

Sungguh, kita mesti tidak mahu untuk terus hidup bersendirian.  Tetapi perlukah kita sekadar memuaskan hati orang lain dan menerima pilihan mereka tanpa fikir baik buruk di masa akan datang???

Wajarkah kita korbankan kebahagiaan kita hanya untuk memenuhi kehendak orang lain semata-mata?

Jadi, biarlah apapun keputusan kita tentang masa depan kita di dalam pemerhatian dan peliharaan ALLAH.  

Jangan risau tapi selalulah berpegang kepada ketentuan ALLAH.  Doakan selalu.  InshaaALLAH DIA tidak akan mensia-siakan kita.

Sebenarnya kadang-kadang kisah dan pengalaman lalu menyebabkan kita lupa bahawa kita punya hak untuk bahagia.  Oleh itu, fikirlah untuk bahagiakan diri sendiri dan jangan musnahkan impian kita hanya untuk menjaga perasaan orang lain.

InshaaALLAH kita akan sentiasa mendapat ketentuan yang baik jika kita sentiasa perbaiki diri.

Banyakkan berdoa ye kawan-kawan:-

Juga pesanan ini daripada seorang ibu yang sama-sama mengaji AL-Quran dengan saya...

Surah ALI IMRAN - ayat 8





Tuesday, February 21, 2017

Tangisan Hiba Ibu Pesakit SLE

Assalamualaikum...

Kisah yang saya nak kongsikan di sini ialah kisah seorang ibu yang mana anaknya kini berusia 12 tahun penghidap penyakit SLE.

Semalam saya sempat melawat anaknya yang hampir 3 bulan terlantar di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.  Di sebalik senyuman dan keceriaan di wajah seorang ibu, gugur juga air matanya apabila menceritakan segala susah payah dia menanggung derita kerana anaknya yang bernama Damia yang sedang sakit dan terbaring di katil hospital.  Damia tidak dapat menguruskan diri sendiri dan bersekolah seperti anak-anak yang lain.  Kehidupannya penuh dengan rasa duka dan hanya kekuatan dan ketabahan ibunya menjadikan dia sentiasa kelihatan tenang berjuang melawan penyakitnya itu.  

Cerita Kak Shah (nama panggilan untuk ibunya), ayah Damia tidak dapat bekerja dan memandu setelah kemalangan ngeri satu ketika dulu.  Kak Shah seorang sahajalah yang menguruskan perbelanjaan Damia dan adik-beradiknya yang lain.  Apa la sangat gaji Kak Shah yang hanya bekerja di satu syarikat insurans dengan bebanan perbelanjaan yang besar untuk Damia dan adik-beradiknya itu.  Pastinya kewangan sentiasa tidak mencukupi.


Sebelum ini Damia pernah dimasukkan ke Hospital Selayang selama 26 hari.  Bayangkan bagaimana susah ibunya untuk menyara diri sendiri di sana apatah lagi untuk menyediakan keperluan Damia. Hati saya mula sebak dan air mata turut bergenang.  Kita mungkin selalu beranggapan hidup kita susah, derita, kenapa kita diuji?? Tetapi kita kena ingat bahawa ada lagi yang jauh lebih derita daripada kita.  Bagi Kak Shah, dia sentiasa redha, sentiasa positif walaupun doktor menjangkakan bahawa Damia tidak dapat hidup lebih lama lagi.  Kak Shah hanya berdoa, selalu buat solat hajat dan dia yakin tentang jodoh, rezeki, ajal, maut semuanya di tangan ALLAH.  Siapalah kita untuk menentukan kekuasaanNYa??

Saya kembali berfikir, apakah yang dimaksudkan dengan SLE ni?
Kak Shah kata penyakit ini menyerang tubuh badan. Ubat yang doktor bagi pun hanya untuk melambatkan sel SLE merebak ke organ-organ lain.  Bukanlah untuk mematikan sel tu.  Saya pun google dan tau serba-sedikit tentang penyakit ni.

SLE atau nama penuhnya adalah Systemic Lupus Erythematosus merupakan simptom gangguan kepada sistem pertahanan badan.  Badan pesakit akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri.  Seterusnya akan menjejaskan organ badan seperti buah pinggang, limpa dan jantung. Pesakit penyakit ini tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari dan kalau kita kena demam, memang kita tidak boleh menghampiri dan melawat pesakit ini.

Apapun, saya rasa bersyukur sebab Damia nampak kuat semangat bila kita positif di depan dia.  Jadi bila kita sentiasa positif, InshaaALLAH kita akan lebih terhindar daripada penyakit.

Bagi orang yang ingin melawat Damia, bolehlah ke Blok A, Tingkat 5, Wad Pediatrik 2, Katil 22, di Hospital Tuanku Fauziah.  Mana tau kehadiran kita bakal menambahkan lagi keceriaan di wajah Damia.  Hulurkan sedikit sumbangan dan ihsan kita agar dapat membantu meringankan bebanan Kak Shah sekeluarga juga.

Semoga Damia sembuh ye sayang..... 





Saturday, February 18, 2017

Doakan Izariel~

Assalamualaikum semua.....

Saya sebenarnya rasa dah banyak hari tak update blog ni...
Rasa rindu sangat dengan blog tersayang...Tetapi ALLAH pilih hari Jumaat untuk saya kembali ke blog ni disebabkan Izariel (anak buah) kurang sihat dan sekarang dia warded. (Wad Pediatrik 2, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis)


Kesian sangat bila tengok keadaan Izariel tu..

Bermula daripada demam panas melarat sampai ke tonsil dan jangkitan kuman pada paru-parunya.
Kalau kita kena pun tak tahan apatahlagi kanak-kanak seusia 3 tahun macam dia yang kena penyakit ni.

Sebagai Alang(panggilan kepada saya), atau Maklang yang rapat dengan dia, mestilah tak sampai hati tengok bila dia tak lalu makan, letih dan makin surut tubuh badannya.

Saya bawa dia ke hospital 2 kali dan akhirnya dimasukkan ke dalam wad.

Alhamdulillah, doktor dah bagi antibiotik kat dia.  Sebelum tu depa tambah air untuk kuatkan tenaga dia. Nampak semalam dah berselera makan dan mau dah bermain-main dengan saya walaupun badan masih lemah.

OKla...saya pun tak mau cerita panjang sangat....makin sebak pula sebab kesian sangat dekat dia..

Jom doakan Izariel agar cepat sembuh, pulang dengan ceria ke rumah kami nanti....


Monday, February 13, 2017

Jodoh Itu Rahsia Sang Pencipta

Bismillah....


Jodoh memang sudah ditentukan oleh ALLAH SWT sejak kita berusia 4 bulan lagi di dalam kandungan ibu kita. Jadi saya sendiri semakin redha bila ALLAH sengaja lambatkan jodoh saya. Yang saya pelik tu bila orang lain pula menuduh saya memilih sedangkan hidup memang ada banyak pilihan.  Kalau kita nak bahagia, kita kena pilih dengan tenang. Bukan senang nak terima jodoh yang ada kat depan mata....Kena ditapis jugak kan sama ada baik ke tidak budi bahasanya.  Kalau rupa paras elok tapi perangai tak elok susahlah nak terbina "mawaddah wa rahmah".

Sebaliknya saya pegang saja kata-kata orang yang lebih arif, "biar lambat jodoh, asalkan dapat yang terbaik di sisi ALLAH." Ada lagi kata-kata orang bijaksana "Yang baik selalu datang lambat."  Jadi buat apa nak pening fikirkan kerja ALLAH. Dia sendiri tahu bila masa, bagaimana rupa dan siapakah yang bakal menjadi IMAM dunia hingga akhirat buat saya kan....

Apa yang saya lakukan sekarang ialah banyakkan berdoa, banyak buat amal kebajikan terutama pada mak ayah, keluarga dan paling penting banyak belajar ilmu agama untuk menjadi bekalan ke alam rumahtangga nanti.

InshaaALLAH, sama-sama doakan ye semoga IMAM saya seorang yang beriman dan beramal soleh, bertanggungjawab, penyayang, memahami, menghargai saya serta membahagiakan saya hingga ke Syurgawi.






Al-Quran Qalam Teragung

Bismillah...

Saya sebenarnya nak berkongsi tentang satu cerita mengenai hidayah yang saya temui di Surau Al-Hidayah, Teluk Kachang. Lebih kurang 2 tahun lepas saya tergerak hati untuk mencari kelas al-quran dan perbaiki bacaan tajwid. Yala, kita mungkin biasa membaca saja Al-Quran dan kadang-kadang kita terlupa bahawa bacaan tartil iaitu bacaan yang sempurna dengan tajwidnya.

Masa tu saya cuba usulkan di dalam FB saya.  Lebih kurang 2, 3 bulan selepas itu, saya dijemput oleh Pengerusi surau tu untuk join kelas tajwid di situ.  Mulanya saya rasa segan jugakla nak ke surau tu. Mana taknya, surau tu jauh dari kampung saya dan saya pun tak kenal dengan jemaah di surau tu ketika itu.  Hinggalah saya beranikan diri untuk menegur para jemaah dan alhamdulillah, saya diterima baik oleh jemaah di situ.  Kali pertama saya jejak kaki ke situ masa ada program Majlis Cinta Rasul di perkarangan surau tu yang mana Bob Lokman dijemput untuk berkongsi cerita penghijrahannya ke jalan ALLAH.

Terharu bila saya melangkah ke surau yang sangat uzur.  Hati saya berdoa moga ada pihak dapat membantu untuk pembinaan surau itu.  Alhamdulillah, rupanya ALLAH lebih tahu yang saya akan memberi bantuan di situ.  Walaupun jumlahnya tidaklah banyak mana tetapi saya seolah-olah dipilih untuk membantu usaha-usaha untuk merealisasikan impian para jemaah di situ.  

Bermula daripada Surah Al-Fatihah, kami sama-sama diajar bacaan secara talaqqi dengan sanad-sanad yang diberikan oleh guru yang memimpin bacaan kami iaitu Ustaz Hj Abdul Hamid bin Ismail. Banyak ilmu yang saya pelajari bukan sahaja ilmu tajwid tetapi sejarah sesebuah ayat itu diturunkan di mana ustaz turut menterjemahkan ayat-ayat yang dibaca dengan lebih jelas dan mudah difahami.

Alhamdulillah, Al-Quran telah membuatkan saya semakin mendekatiNYA. Apa yang saya amalkan adalah cari masa  sekurang-kurangnya pada waktu selepas Subuh atau selepas Maghrib untuk membaca Al-Quran.  Memang kita ingat kita sudah pandai baca Al-Quran, jadi kita tidak perlu mengaji tetapi sebenarnya kita perlu tahu sama ada betul atau tidak bacaan kita dari segi tajwid, makhraj dan sebagainya.  Selain itu kita boleh belajar cara bacaan secara tarannum seperti tarannum bayati husaini, hijjaz,sikah,nahwand dan sebagainya.

Kepada orang-orang Perlis, jomlah ikut saya ke Kelas Pemahaman Al-Quran dan Tajwid setiap Rabu selepas Maghrib di Surau Al-Hidayah Teluk Kachang, Kangar, Perlis. Sama-samalah kita belajar ilmu daripada Qalam ALLAH SWT yang mana Al-Quran ini bakal menjadi syafaat buat kita di akhirat nanti.

Wallahua'lam.



Thursday, February 9, 2017

Jazakallah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam saya bersama jemaah Surau Al Hidayah Teluk Kachang menerima seramai 3 orang lagi jemaah Muslimat yang teringin perbaiki bacaan Al-Quran dan tajwid.

Yang paling best tu, rupa-rupanya mereka ni selalu follow FB saya.  Alhamdulillah, macam saya tulis pada coretan sebelum ni la, "Bila Allah Bagi Hidayah, Tiada Siapa Dapat MenghalangNya."

Walaupun 2 orang daripada mereka ni lebih berusia daripada saya, tapi semangat mereka buat saya rasa semakin seronok berkongsi ilmu dan kebaikan di FB. Bagi saya, di mana-mana media sosial, eloklah kita cuma kongsi segala kebaikan kerana di situlah pelbagai tanggapan orang terhadap kita sama ada baik atau buruk sesuatu perkara yang dikongsikan.

Buat semua pengunjung blog ini pun, sama-samalah kita manfaatkan semua kebaikan yer.  Saya akui masih terlalu banyak untuk diperbaiki dalam mencari jalan-jalan ke SyurgaNya.  Kita kena betul-betul istiqomah dan semakin hari semakin banyak memperbaiki peribadi kita. InshaaALLAH jika kita punya nawaitu yang baik, pastinya ALLAH akan lorongkan kita ke jalan kebaikan dengan mudah.

Saya ucapkan Jazakallah buat semua pengikut saya di FB dan seterusnya kepada yang singgah dan follow blog ni. Semoga apa saja ilmu dan kebaikan yang saya kongsikan di sini dapat memberi manfaat buat anda semua.




Wednesday, February 8, 2017

Bila Allah Bagi Hidayah....Tiada Siapa Dapat Menghalangnya

Bismillah....

Pertamanya saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH SWT atas izin dan kurniaanNya juga saya dipertemukan dengan insan-insan hebat di muka bumiNya ini.

Kenapa saya cakap macam tu?? Sebab saya rasa bertuah sangat bila ALLAH lapangkan saya, mudahkan urusan saya untuk berhijrah daripada kejahilan dan bertemu dengan kedamaian.

Kedamaian yang tak pernah saya rasakan sebelum ni.  Saya bukanlah insan yang sempurna dan kerap kali melakukan kesilapan.  Bila ALLAH bagi hidayah, saya rasa sayalah orang yang paling beruntung sebab hidayah hanya datang pada orang yang ALLAH suka dan terpilih.

Setiap kehidupan ni memang ALLAH dah aturkan setiap sesuatu kejadian.

Alhamdulillah...saya dipertemukan dengan insan-insan hebat yang berada di sekeliling saya saja. Mereka ni tak jemu-jemu memberi nasihat, pandangan, sokongan dan bantuan kepada saya sehinggalah saya rasa seolah-olah saya dapat sesuatu yang sangat berharga.  Program-program ilmu yang saya hadiri bukanlah untuk menunjukkan bahawa saya ni orang yang baik tetapi di situlah saya kata pada diri saya, "Aku ingin belajar untuk menjadi insan yang baik.  Masih banyak ilmu perlu kupelajari.  Dan aku masih punya kelemahan. Disebabkan itulah aku perlu belajar dan terus belajar."

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai pula sahabat-sahabat lain yang ingin bersama-sama ikut saya ni ke majlis ilmu.  Betul kata-kata orang alim ulama', "Kalau kita nak ajak orang jadi baik, kita kenalah jadi baik dulu.  Lepas tu, orang pasti akan ikut kita."

Tak perlu kita paksa orang untuk jadi baik macam kita sebab kita pun masih belajar.  Yang penting ajak dan bawa orang itu bila hati seseorang itu terdetik untuk bersama kita ke jalan kebaikan. Sebab lama-lama orang tu pun pasti akan cemburu dengan kesungguhan kita.  Percayalah "BILA ALLAH BAGI HIDAYAH..TIADA SIAPA DAPAT MENGHALANGNYA.

InshaaALLAH...
Biar siapapun kita, yakinlah tidak ada manusia yang tak ingin jadi baik dan tak ada pula orang yang ingin terus jadi jahat.  Banyakkan tahajjud, berzikir, berdoa dan terus berdoa agar ALLAH terus bagi hidayah buat kita....

Wallahua'lam...




Tuesday, February 7, 2017

Homestay Seroja Tiara

Assalamualaikum semua....

Kepada sesiapa yang nak datang berkunjung ke Perlis sama ada untuk melancong, berkursus, seminar, majlis perkahwinan bolehlah mai menginap di Homestay Seroja Tiara ye.

Harga yang ditawarkan hanyalah semalam RM150.00.

Tapi kena booking dulu dengan bayaran deposit RM50.00 semalam.

Homestay ni memang strategik sangat untuk anda yang teringin nak membeli-belah di Padang Besar dan Wang Kelian.  Lokasinya juga tidak jauh dengan UniMAP Padang Besar.



Kuliah Ustaz Abdullah Khairi 5 Feb. 2017

🎀KuliaH MaghriB PerDaNa🎀
Ustaz Abdullah Khairi
Kitab Sakaratul Maut
5/2/17

💚Mulakan sesuatu dgn Bismillah kerana ada keberkatan.
💚Banyakkan berselawat kerana dapat selamatkan hidup kita.
💚Rajin hadir ke rumah Allah (Masjid)
Baca doa masuk / keluar masjid.
📍Solat Tahiyyatul Masjid.
📍Baca doa iktikaf dalam masjid.
📍Masuk masjid, keluar dgn pintu lain kerana ada keberkatan.

"Masuk rumah nak tau bersih ka dak tengok tandas sebab kebersihan mmg ditekankan dalam Islam."

"Tempat berkat nak tengok elok ka dak tengok tandas. Terutama di masjid."

"Orang yang beriman adalah org yang memakmurkan rumah Allah SWT."

"Nak dapat petunjuk bukan di pasar malam atau shopping complex, tapi di rumah Allah."

"Datanglah ke masjid, Allah akan buka pintu hidayah."

"Rumah Allah akan jadi titian sirat kita di hari akhirat nanti. Gunalah masa muda/sihat/lapang/kaya/hidup untuk hadir ke rumah Allah."

"Harta boleh cari tapi mak ayah tak boleh dicari. Jadi bila kita mintak Allah ampunkan dosa kita, Allah akan ampunkan 0-0. Tapi dgn mak ayah, kita kena mintak depa maafkan kita."

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang ingat mati."

Baca surah Yusuf ayat 4 (ulang 3x)
"Dalam hidup kena istiqomah sebab Allah akan tolong kita."

Ustaz turut bercerita tentang kisah batang kurma menangis, Nabi s.a.w. bagi 2 pilihan sama ada ia mahu didoakan utk mati di dunia atau di akhirat dan batang kurma itu meminta Nabi s.a.w. mendoakan agar batang kurma itu mati di dunia kerana ia akan bangun dan dihidupkan dgn Baginda s.a.w. di akhirat.

Antara tanda-tanda seseorang itu mati dalam keadaan yang baik berpeluh di dahi, wajahnya tenang dan segala urusan dipermudahkan sehingga pengkebumiannya.

"Redhalah dengan apa yang Allah bagi kepada kita, Allah akan redha pada kita."


Khasiat Tamar Cocoa

Bismillahirrahmaanirrahiim....

OK hari ni saya nak share kelebihan tamar cocoa (Koko Kurma) yang digilai oleh anak buah saya....

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko.  Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10% lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.

Kurma adalah bauh yang tumbuh dari pohon palem keluarga Arecaceae dari genus phaenix.  Nama ilmiah kurma adalah dactylifera phoenix. Kurma diyakini berasal dari tanah di sekitar tepi sungai Nil dan Efrat.

Antara Kelebihannya Campuran Tamar Cocoa adalah:-


  • Anti Stress
  • Anti oksidan
  • Anti Keradangan
  • Penjagaan kulit
  • masalah anemia
  • Kesihatan jantung
  • Merangsang minda
  • Menguatkan tulang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengelakkan pembekuan darah
  • Mengawal kerosakan sel & tisu
  • Dan...membantu proses tumbesaran kanak-kanak.

Jadi, sebaiknya si ibu yang sedang mengandung digalakkan untuk minum tamar cocoa supaya susu ibu lebih banyak dihasilkan bagi membantu tumbesaran kanak-kanak itu.

Macam saya ni lebih suka minum tamar cocoa dalam bentuk serbuk 900 gram daripada bentuk sachet tu sebab boleh jimat sikit,.. OK la...nanti sy update lagi tentang tamar cocoa ni ye...
Sapa-sapa yang nak bolehlah wasap saya 012-5771307.




Monday, February 6, 2017

Bismillah...

Assalamualaikum semua...selamat datang ke blog Ilham Seroja Tiara.

Terlebih dahulu saya nak maklumkan bahawa sebelum ni memang dah ada blog tapi ada masalah teknikal dan kini blog saya diwujudkan semula...

InshaaAllah saya akan terus berkongsi di sini apa sahaja untuk anda semua yang singgah ye...