Monday, March 13, 2017

Satu Perjuangan

Bila kita telah capai kejayaan di masa sekarang, banyak yang telah kita temui kegagalan pada masa lalu. Setiap kegagalan itulah yang menjadikan kita manusia yang sentiasa inginkan kejayaan.  Kita akan berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki setiap kesalahan.  Kita akan mencari solusi atas setiap masalah yang timbul.

Begitulah setiap hari dalam kehidupan kita.  Ada saja perkara yang kita silap dan kita akan cuba perbaiki sebaik mungkin.  Lumrah hidup di muka bumi ALLAH, tidak ada satu pun sempurna melainkan ALLAH 'AZZA WAJALLA.  

Wahai sahabat dan temanku, 
Ketika engkau berasa dirimu terlalu bijak dan hebat di mata manusia,
Sedarlah bahawa kau hanya manusia kerdil di hadapan ALLAH.

Ketika kau merasa tinggi darjat dan pangkatmu di dunia,
Tetapi raihlah keberkatan hidup untuk di akhirat sana jua.

Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan,
Berapa banyak hati yang telah kita lukakan semata-mata ingin mengejar kemewahan duniawi?

Untuk itu, renunglah sejenak ke dalam diri....

Setiap apa jua yang kita lakukan, jangan lah kita sekadar ingin mencari kepuasan hidup tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.


Kita hidup dengan satu perjuangan.  Perjuangan untuk menuju ke jalan yang diredha ALLAH.
Tetapkan hidup untuk sentiasa beramal, berbuat kebajikan dan ikhlaskan hati untuk melaksanakan sesuatu ibadah.  Moga segala kesilapan kita selama ini diampunkanNYA...semoga kita juga menjadi manusia yang sentiasa mendapat ganjaran pahala dan SyurgaNYA..InshaaALLAH...


gambar: http://www.gambarzoom.com/2014/09/kumpulan-gambar-pemandangan-terindah-di.html




No comments:

Post a Comment