Monday, April 10, 2017

Kisah Benar!! Demi Anak Dalam Kandungan, Ibu Redha Atas Kehilangan Sebelah Kaki~

Assalamualaikum.......

Rindu dengan blog tersayang....dah lama tak update sebab kebizian sikit sejak akhir-akhir ni.

Baiklah..saya sebenarnya dok cari ilham sama..dan setelah pulang dari melawat kawan yang pernah rapat dengan saya dulu ditimpa musibah ni, saya terus terdetik untuk terus berkongsi dengan rakan2 blogger.

Kisahnya kak Kasni yang pernah bekerja sebagai tukang cuci di Mahkamah Sesyen Kangar.  Semasa saya bekerja di sana, Kak Kasni selalu berkongsi masalah dengan saya.  Dia seorang yang peramah dan mudah mesra.  Cuma disebabkan kesempitan hidup, dia terpaksa melakukan beberapa tugasan keluarga di samping menjalankan tugasnya sebagai tukang cuci dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil.


ALLAH SWT sahaja tau betapa perit derita yang dialami oleh Kak Kasni sekarang.  Dia baru terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya antara motosikal yang ditungganginya dengan sebuah lori tanah. Kemalangan itu telah menyebabkan sebelah kakinya dipotong akibat telalu hancur digilis oleh lori tanah tersebut.  Bayangkanlah ketika itu pula dia sedang sarat mengandungkan anaknya.

Masa mula-mula saya terbaca berita itu di FB, saya tak terlintas nak tau nama mangsa dalam kemalangan tu.  Tapi selang beberapa hari, ada seorang teman rapat saya yang juga pernah menjadi Penyelia kepada Kak Kasni menceritakan bahawa mangsa itu ialah Kak Kasni, saya terkejut, jantung seolah-olah berhenti berdegup.  Tak dapat saya bayangkan macam mana perasaan dia bila dia tahu kakinya akan dipotong.

Sedihnya Ya ALLAH....

Saya cuba kumpul semangat dan kekuatan untuk jumpa dengan Kak Kasni.  Saya rasa saya mesti bagi semangat untuk dirinya.  Tapi masa tu, saya pun tak sanggup nak tengok keadaan dia.  Jadi saya biarkan sehinggalah masuk minggu ke3 dia di Hospital Tuanku Fauziah, saya paksa diri saya untuk ziarah dan bagi semangat buat Kak Kasni.

Semasa saya sampai, saya sendiri pulak nak nangis, sebak bila tengok keadaan Kak Kasni.  Saya rasa saya sendiri tak boleh nak hadapi dugaan ini.  Tapi sikit pun tidak ada wajah sedih, wajah murung, wajah orang berduka cita.  Raut wajahnya tenang dan penuh redha.

Baginya dia terima ketentuan ALLAH.  Dia tidak mahu terlampau bersedih kerana dia lebih memikirkan keadaan anak-anaknya.  Dan Alhamdulillah, setelah kakinya dipotong, selang beberapa hari lahirlah puterinya melalui kaedah cesarean.  Bayi pra-matang itu dilahirkan kerana doktor bimbang akan berlaku masalah ketika beliau hendak melahirkan anak secara normal apabila cukup bulan nanti.

Semasa saya ke situ, anaknya berada di dalam jagaan dan pemantauan doktor di Unit NICU.  Bayi yang lahir dengan berat 1.87kg itu terselamat dan menyebabkan ibunya tidak bersedih kerana dia tetap ingin membesarkan anaknya dengan sempurna.

Kepada sesiapa yang  berhajat untuk membantu, saya amatlah mengalu-alukan anda untuk menziarahi Kak Kasni di Blok A, Tingkat 3, Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis.  Dia boleh dihubungi melalui nombor 017-7701371.


4 comments:

  1. Syafakillah...semoga dia dipermudahkan dan diberikan kesembuhan dan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan bagi dia dan anak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran ukhty atas doamu....
      InshaaALLAH sama2 kita doakan semoga beliau tabah dan dipermudahkan segalanya...AAMIIN...

      Delete
  2. hi, sis datang singgah sini, done follow :) salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis....terima kasih singgah dan follow sini ye..salam kenal juga ye sis :)

      Delete