Friday, December 29, 2017

GiveAway Sempena New Year 2018

Assalamualaikum...

Lamanya Cik P.A. tak mai jenguk blog tersayang...
Rindunya....moga rakan2 blogger sentiasa ceria nan bahagia selalu yer...

Baiklah, sempena Tahun Baru 2018 ni, Cik P.A. nak bagi giveaway kat sapa yang menang contest ini yer...Hadiahnya sebotol pewangi FLEUR yang digemari ramai....😉

Caranya mudah saja....

1) Follow blog ni Cik P.A. 

2) Create satu post bertajuk "Kenapa Saya Suka Pewangi FLEUR?" 
(Pastikan guna pic dan linkkan pic ke post ini).

3) Dah selesai tu, tinggalkan link post anda itu di komen ini yer.

4) Pemilihan pemenang adalah kepada blogger yang paling cun mengarang post..hehe.😍

5) Tarikh tutup ialah pada 27 Januari 2018.

Okay!! itu sahaja daripada CIK P.A. a.k.a. Ms. Emerald...💖

BITTAWFIQ WANNAJAH


Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan 1438H~"Jom Gandakan Pahala"

Assalamualaikum...

Lamanya saya tak update blog tersayang...
Maaf kepada rakan-rakan blogger...

Apapun saya nak ucapkan Salam Ramadhan 1438H buat semua ye.

Pertama sekali marilah kita ucapkan syukur kepada ALLAH SWT kerana masih diberi kesempatan untuk kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Bulan inilah yang sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh para Sahabat Nabi s.a.w., para Alim Ulama' kerana apabila datangnya bulan ini, semua pintu Neraka ditutup dan semua pintu Syurga terbuka luas untuk semua umat Islam.

Kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan soleh termasuklah menunaikan solat sunat terawikh, bersedekah, membaca Al-Quran, memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, qiamullail, banyakkan  berdoa, berselawat dan berzikir serta banyak lagi amalan baik yang boleh mendatangkan pahala.

Jangan kita menganggap cukup hanya sekadar tunaikan segala ibadah wajib sahaja, tapi tidak mahu melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain.  Sedangkan ALLAH telah menjanjikan segala amalan sunat diberikan pahala ibadah wajib.  Ini menunjukkan betapa besarnya pahala amal ibadah yang kita lakukan pada mulia mulia ini.

Kita tidak tahu mana satu ibadah yang ALLAH SWT terima, jadi berusahalah untuk memperbanyakkan amalan soleh dan laksanakan dengan jiwa yang penuh mengharapkan keredhaan ALLAH. Berdoalah kerana apa saja doa akan dimakbulkan bagi orang-orang yang ikhlas berpuasa kerana ALLAH pada bulan yang penuh barokah ini.

Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun.

Bayangkan bagaimana orang-orang yang telah kembali ke alam barzakh (kubur) yang merayu-rayu kepada ALLAH agar dapat dihidupkan semula ke dunia untuk mengamalkan amal soleh terutama pada bulan Ramadhan.

Tetapi ALLAH hanya akan menghidupkan mereka semula pada hari akhirat nanti.  Tiada lagi  peluang kedua buat mereka.  Hanya mengharapkan amal soleh dikirim oleh anak-anak mereka sahaja.  

Oleh itu, saya mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk sama-sama menggunakan peluang yang ada pada bulan Ramadhan ini supaya kita peroleh keampunan dan gandaan pahala daripada ALLAH SWT.  

Kata guru saya, Al Fadhil Ustaz Yussaine Yahya, Mudir MATIN: -
"Orang yang berjaya di sisi ALLAH SWT adalah orang yang matinya dalam Khusnul Khotimah (mati dalam iman).

"Orang yang berjaya pada hari akhirat pula ialah mereka yang selamat daripada Api Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga."

Semoga kita peroleh keberkatan daripada segala amalan soleh yang kita laksanakan dalam Bulan Ramadhan dan semoga kita istiqamah untuk meneruskan segala amalan itu pada bulan-bulan lain juga.


Sekian, daripada saya untuk kali ini.

"Jom Gandakan Pahala."


Monday, April 10, 2017

Kisah Benar!! Demi Anak Dalam Kandungan, Ibu Redha Atas Kehilangan Sebelah Kaki~

Assalamualaikum.......

Rindu dengan blog tersayang....dah lama tak update sebab kebizian sikit sejak akhir-akhir ni.

Baiklah..saya sebenarnya dok cari ilham sama..dan setelah pulang dari melawat kawan yang pernah rapat dengan saya dulu ditimpa musibah ni, saya terus terdetik untuk terus berkongsi dengan rakan2 blogger.

Kisahnya kak Kasni yang pernah bekerja sebagai tukang cuci di Mahkamah Sesyen Kangar.  Semasa saya bekerja di sana, Kak Kasni selalu berkongsi masalah dengan saya.  Dia seorang yang peramah dan mudah mesra.  Cuma disebabkan kesempitan hidup, dia terpaksa melakukan beberapa tugasan keluarga di samping menjalankan tugasnya sebagai tukang cuci dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil.


ALLAH SWT sahaja tau betapa perit derita yang dialami oleh Kak Kasni sekarang.  Dia baru terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya antara motosikal yang ditungganginya dengan sebuah lori tanah. Kemalangan itu telah menyebabkan sebelah kakinya dipotong akibat telalu hancur digilis oleh lori tanah tersebut.  Bayangkanlah ketika itu pula dia sedang sarat mengandungkan anaknya.

Masa mula-mula saya terbaca berita itu di FB, saya tak terlintas nak tau nama mangsa dalam kemalangan tu.  Tapi selang beberapa hari, ada seorang teman rapat saya yang juga pernah menjadi Penyelia kepada Kak Kasni menceritakan bahawa mangsa itu ialah Kak Kasni, saya terkejut, jantung seolah-olah berhenti berdegup.  Tak dapat saya bayangkan macam mana perasaan dia bila dia tahu kakinya akan dipotong.

Sedihnya Ya ALLAH....

Saya cuba kumpul semangat dan kekuatan untuk jumpa dengan Kak Kasni.  Saya rasa saya mesti bagi semangat untuk dirinya.  Tapi masa tu, saya pun tak sanggup nak tengok keadaan dia.  Jadi saya biarkan sehinggalah masuk minggu ke3 dia di Hospital Tuanku Fauziah, saya paksa diri saya untuk ziarah dan bagi semangat buat Kak Kasni.

Semasa saya sampai, saya sendiri pulak nak nangis, sebak bila tengok keadaan Kak Kasni.  Saya rasa saya sendiri tak boleh nak hadapi dugaan ini.  Tapi sikit pun tidak ada wajah sedih, wajah murung, wajah orang berduka cita.  Raut wajahnya tenang dan penuh redha.

Baginya dia terima ketentuan ALLAH.  Dia tidak mahu terlampau bersedih kerana dia lebih memikirkan keadaan anak-anaknya.  Dan Alhamdulillah, setelah kakinya dipotong, selang beberapa hari lahirlah puterinya melalui kaedah cesarean.  Bayi pra-matang itu dilahirkan kerana doktor bimbang akan berlaku masalah ketika beliau hendak melahirkan anak secara normal apabila cukup bulan nanti.

Semasa saya ke situ, anaknya berada di dalam jagaan dan pemantauan doktor di Unit NICU.  Bayi yang lahir dengan berat 1.87kg itu terselamat dan menyebabkan ibunya tidak bersedih kerana dia tetap ingin membesarkan anaknya dengan sempurna.

Kepada sesiapa yang  berhajat untuk membantu, saya amatlah mengalu-alukan anda untuk menziarahi Kak Kasni di Blok A, Tingkat 3, Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis.  Dia boleh dihubungi melalui nombor 017-7701371.


Monday, March 27, 2017

Jom Follow ~Tips Untuk Dimurahkan Rezeki!~


Assalamualaikum...
Lama jugak saya tak update blog tersayang ni.

Hari ni memang nampak segak la sikit sebab pakai name tag...hihihi...

Sebenarnya tugasan dunia macam ni la...kena sentiasa kemas kan...
Tapi lebih baik perhebatkan lagi urusan akhirat.

Ni pun disebabkan audit yang datang ke Pejabat Pembangunan Negeri Perlis hari ni sampailah Khamis ni...
Jadi bertungkus-lumus kawan-kawan seopis ni menyediakan apa yang patut...
Memperkemaskan tugasan masing-masing terutama dari segi Fail Meja, Aset dan Stor, urusan kewangan dan termasuklah urusan penampilan diri.

Jadi macam tu jugaklah dalam urusan untuk dimurahkan rezeki.  
Jom follow saya.

1)  Mulakan setiap pagi dengan amalkan membaca sekurang-kurangnya 10  ayat al-Quran selepas Subuh.

2) Berdoa untuk kesejahteraan diri di dunia dan akhirat.

3) Bersedekah~ amalkan sedekah Subuh..sediakan satu tabung dan masukkan sekurang-kurangnya RM1 setiap hari selepas Subuh.  Bila dah banyak tu, infaqlah untuk kerja-kerja kebajikan atau dermakanlah ke mana-mana tempat yang memerlukan.

4) Bersalaman dengan mak ayah atau suami isteri atau keluarga untuk mendapatkan berkat pada setiap hari sebelum menuju ke tempat kerja/sekolah atau mana sahaja.

5) Solat Sunat Dhuha~ Ni la yang saya sayang nak tinggal bila terpaksa outstation.
Besar sebenarnya Khasiat Solat Sunat Dhuha ni... selain dimurahkan rezeki, hati jadi tenang dan hidup kita makin indah dan segala urusan akan dipermudahkanNYA.


Baiklah.. setakat ini dulu yer....nanti ada masa kita kongsi lagi...
InshaaALLAH saya sentiasa doakan kesejahteraan anda semua juga..
Moga kita sama-sama peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat sana...
AAMIIN....






Monday, March 13, 2017

PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017



Sekadar mencuba....

Cara pun mudah....

Doakan saya ada rezeki yer...

10 blog yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang....

Tarikh tutup >>>>> 30.03.2017

Jadi, apa lagi....joinla semua...


Jom KLIK pic di bawah untuk menang...

v
v
v
v
v


Satu Perjuangan

Bila kita telah capai kejayaan di masa sekarang, banyak yang telah kita temui kegagalan pada masa lalu. Setiap kegagalan itulah yang menjadikan kita manusia yang sentiasa inginkan kejayaan.  Kita akan berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki setiap kesalahan.  Kita akan mencari solusi atas setiap masalah yang timbul.

Begitulah setiap hari dalam kehidupan kita.  Ada saja perkara yang kita silap dan kita akan cuba perbaiki sebaik mungkin.  Lumrah hidup di muka bumi ALLAH, tidak ada satu pun sempurna melainkan ALLAH 'AZZA WAJALLA.  

Wahai sahabat dan temanku, 
Ketika engkau berasa dirimu terlalu bijak dan hebat di mata manusia,
Sedarlah bahawa kau hanya manusia kerdil di hadapan ALLAH.

Ketika kau merasa tinggi darjat dan pangkatmu di dunia,
Tetapi raihlah keberkatan hidup untuk di akhirat sana jua.

Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan,
Berapa banyak hati yang telah kita lukakan semata-mata ingin mengejar kemewahan duniawi?

Untuk itu, renunglah sejenak ke dalam diri....

Setiap apa jua yang kita lakukan, jangan lah kita sekadar ingin mencari kepuasan hidup tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.


Kita hidup dengan satu perjuangan.  Perjuangan untuk menuju ke jalan yang diredha ALLAH.
Tetapkan hidup untuk sentiasa beramal, berbuat kebajikan dan ikhlaskan hati untuk melaksanakan sesuatu ibadah.  Moga segala kesilapan kita selama ini diampunkanNYA...semoga kita juga menjadi manusia yang sentiasa mendapat ganjaran pahala dan SyurgaNYA..InshaaALLAH...


gambar: http://www.gambarzoom.com/2014/09/kumpulan-gambar-pemandangan-terindah-di.html




Tuesday, February 28, 2017

Biarkan Mulut Mereka Berbicara

Assalamualaikum kepada semua penggemar blog....

Memang tak dapat dinafikan kita sukar untuk memuaskan hati semua orang kan??

Tapi sebenarnya bagi saya, soal jodoh biarlah kita serahkan kepada ALLAH.  Seperti di post saya sebelum ni:-

Jodoh Itu Rahsia Sang Pencipta


Saya juga seperti anda semua bila selalu dijodohkan dengan saudara-mara, kawan, anak ke adik ke abang ke atau siapapun oleh orang lain, saya akan berfikir sebelum bersetuju untuk membuat keputusan. Sama ada untuk menerima atau tidak, kita kenalah sentiasa beringat, berhati-hati dan seterusnya menyerahkan kepada ALLAH SWT.  Bukan mudah untuk terus menerima pilihan orang lain sedangkan di hati kita tidak rela.

Saya teruja dengan pendapat seseorang insan yang baru saya kenali.  "Biar apapun orang kata, pilihlah dengan rela hati, dengan meminta kepada ALLAH SWT."

Sungguh, kita mesti tidak mahu untuk terus hidup bersendirian.  Tetapi perlukah kita sekadar memuaskan hati orang lain dan menerima pilihan mereka tanpa fikir baik buruk di masa akan datang???

Wajarkah kita korbankan kebahagiaan kita hanya untuk memenuhi kehendak orang lain semata-mata?

Jadi, biarlah apapun keputusan kita tentang masa depan kita di dalam pemerhatian dan peliharaan ALLAH.  

Jangan risau tapi selalulah berpegang kepada ketentuan ALLAH.  Doakan selalu.  InshaaALLAH DIA tidak akan mensia-siakan kita.

Sebenarnya kadang-kadang kisah dan pengalaman lalu menyebabkan kita lupa bahawa kita punya hak untuk bahagia.  Oleh itu, fikirlah untuk bahagiakan diri sendiri dan jangan musnahkan impian kita hanya untuk menjaga perasaan orang lain.

InshaaALLAH kita akan sentiasa mendapat ketentuan yang baik jika kita sentiasa perbaiki diri.

Banyakkan berdoa ye kawan-kawan:-

Juga pesanan ini daripada seorang ibu yang sama-sama mengaji AL-Quran dengan saya...

Surah ALI IMRAN - ayat 8