Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan 1438H~"Jom Gandakan Pahala"

Assalamualaikum...

Lamanya saya tak update blog tersayang...
Maaf kepada rakan-rakan blogger...

Apapun saya nak ucapkan Salam Ramadhan 1438H buat semua ye.

Pertama sekali marilah kita ucapkan syukur kepada ALLAH SWT kerana masih diberi kesempatan untuk kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Bulan inilah yang sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh para Sahabat Nabi s.a.w., para Alim Ulama' kerana apabila datangnya bulan ini, semua pintu Neraka ditutup dan semua pintu Syurga terbuka luas untuk semua umat Islam.

Kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan soleh termasuklah menunaikan solat sunat terawikh, bersedekah, membaca Al-Quran, memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, qiamullail, banyakkan  berdoa, berselawat dan berzikir serta banyak lagi amalan baik yang boleh mendatangkan pahala.

Jangan kita menganggap cukup hanya sekadar tunaikan segala ibadah wajib sahaja, tapi tidak mahu melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain.  Sedangkan ALLAH telah menjanjikan segala amalan sunat diberikan pahala ibadah wajib.  Ini menunjukkan betapa besarnya pahala amal ibadah yang kita lakukan pada mulia mulia ini.

Kita tidak tahu mana satu ibadah yang ALLAH SWT terima, jadi berusahalah untuk memperbanyakkan amalan soleh dan laksanakan dengan jiwa yang penuh mengharapkan keredhaan ALLAH. Berdoalah kerana apa saja doa akan dimakbulkan bagi orang-orang yang ikhlas berpuasa kerana ALLAH pada bulan yang penuh barokah ini.

Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun.

Bayangkan bagaimana orang-orang yang telah kembali ke alam barzakh (kubur) yang merayu-rayu kepada ALLAH agar dapat dihidupkan semula ke dunia untuk mengamalkan amal soleh terutama pada bulan Ramadhan.

Tetapi ALLAH hanya akan menghidupkan mereka semula pada hari akhirat nanti.  Tiada lagi  peluang kedua buat mereka.  Hanya mengharapkan amal soleh dikirim oleh anak-anak mereka sahaja.  

Oleh itu, saya mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk sama-sama menggunakan peluang yang ada pada bulan Ramadhan ini supaya kita peroleh keampunan dan gandaan pahala daripada ALLAH SWT.  

Kata guru saya, Al Fadhil Ustaz Yussaine Yahya, Mudir MATIN: -
"Orang yang berjaya di sisi ALLAH SWT adalah orang yang matinya dalam Khusnul Khotimah (mati dalam iman).

"Orang yang berjaya pada hari akhirat pula ialah mereka yang selamat daripada Api Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga."

Semoga kita peroleh keberkatan daripada segala amalan soleh yang kita laksanakan dalam Bulan Ramadhan dan semoga kita istiqamah untuk meneruskan segala amalan itu pada bulan-bulan lain juga.


Sekian, daripada saya untuk kali ini.

"Jom Gandakan Pahala."


1 comment:

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete